Sunday, January 22, 2012

Keajaiban Ikan Puyu


Assalammualaikum!!Pada kali ini pula terdapat seorang yang sangsi akan kelebihan ikan puyu yang dikatakan boleh melindungi dari sihir!!Dibawah ini merupakan petikan dari sebuah majlis ilmu yang disampaikan oleh Alfadil Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.Marilah kita sama-sama hayati dan baca dialog seperti di bawah!!










Soalan
Ustaz, terlalu banyak kejadian kecurian di rumah atau premis perniagaan, pencuri memasuki bangunan tersebut dengan menggunakan apa dipanggil ilmu pukau. Betulkah ada ilmu pukau? Sehinggakan yang tidak tidur pun dipukau juga? Ada kepercayaan bahawa untuk mengelakkan pukau, maka hendaklah dipelihara ikan di dalam rumah. BEtulkah ini ustaz dan bolehkah diamalkan?
FIRDAUS ABDULLAH
Kota Raja, Selangor
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din :
Saya secara peribadi kurang arif fasal pukau. Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.
Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.
Hal-hal sebegini acap kali didedahkan kepada saya. Oleh itu sebagai kesimpulan, hal-hal sebigini memang boleh berlaku dalam masyarakat kita. Pukau ini sebenarnya, suatu ilmu atau teknik yang digunakan seperti mana di Barat. Ia dinamakan sebagai ‘hypnotism’ atau disebut dengan istilah ‘hypnotic’.
Kamus dewan merujuk ‘hypnotism’ sebagai memukau atau terpukau, sama juga dengan ‘hypnotic’ yang disebut sebagai renungan yang memukau.
Umum mengetahui bahawa ‘hypnotism’ ada suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia.
Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.
Ia termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.
Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):
Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.
Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat. Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat inii menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga­takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.
Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau mi, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.
Sememangnya apabila berlaku sesuatu yang tidak baik, ada pencegahnya. Disebut dalam perubatan, sebagai vaksin. Saya sendiri tidak pasti apakah dengan membela ikan boleh menghalang atau menghadang dari berlakunya pemukauan.
Pada pemerhatian saya, apa yang berlaku, ada rumah yang membela ikan, dimasuki pencuri dan tuannya sedar. Ada pemilik sebuah kedai ikan (kenalan saya), menjual ikan-ikan hiasan di rumah termasuk ikan kelisa, dicuri orang dalam keadaan beliau dan pekerjanya sedar, tetapi dicuri di hadapan mata.
Sukar untuk dipercayai, sekadar membela ikan boleh menghindari kejadian seperti itu. Bagaimanapun untuk menghindarinya, lebih baik kita rujuk kepada amalan-amalan sunnah.
Seperti yang pernah disebut Nabi (maf­humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.
Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;
1. Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
Waalahu a’lam.

Tips untuk mencari pasangan!!!


Assalammualaikum!!!kali ini saya ingin berkongsi kepada anda mengenai tips-tips untuk mencari atau mendapatkan pasangan!!Akan tetapi tip-tips ini saya ambil dari sumber rujukan!!Walau bagaimana sekali pun,saya yakin tips ini mesti berguna kepada korang!!harap korang baca la erkk!!!Lihat di bawah ini:

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari korang. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan korang dengan pasangan korang.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga korang bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup korang dengan sempurna agar diri korang jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan korang kepada korang.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati korang daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar korang dan korang akan menarik sayang terhadap korang. Jika korang membenci orang, ditakuti bakal pasangan korang akan membenci korang.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan korang.
10. Buka hati dan minda korang untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
 
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni korang terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan korang kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
 

Panglima yang berani!!!


Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Rom yang bermana George memanggil Khalid bin Walid.
Kedua orang panglima itu saling hampir sehingga kedua kepala kuda mereka saling bertemu.
Kepada Khalid, George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, karana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”
“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.
“Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
“Tidak!” Jawab Khalid.
“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?” Tanya George.
Khalid menjawab: “Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku “Saifullah” (pedang Allah).”
“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George. “Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.” Jawab Khalid.
George bertanya: “Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?”
Jawab Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”
“Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?” Tanya George.
“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.
George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”
Khalid menjawab: “Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahu pun yang kemudian masuk Islam.”
“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?” Tanya George.
Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.”
George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?” “Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.
George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”
Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.
Setelah selesai mengerjakan solat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sehingga matahari terbenam dan semasa itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat saja.
Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid.
Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya.
Semoga Allah menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.

Sunday, January 1, 2012

Cara untuk dapatkan six pack!!!


Lelaki pasti kelihatan macho jika mempunyai tubuh badan yang sihat dan tegap.  Salah satu dari bentuk badan yang diidamkan pastinya mempunyai “six pack” iaitu perut yang berotot.
Bagaimana ingin memperolehi six pack dan senaman apa yang perlu dilakukan?
Apa kata jika anda lakukan senaman seperti di bawah (English dikekalkan bagi mengekalkan maksudnya secara tepat) :
Lie flat with knees bent, then using your abs, not your neck, lift your torso off the ground. When it is about 45 degrees relative to the ground, hold for two seconds then return to starting position. Repeat 8-10 times.
Lie flat with arms and legs straight, keeping palms flat on floor. Keeping your legs together, slowly raise them till they are 90 degrees relative to the ground. Then slowly lower them. Repeat 10-15 times.
Lying face down with legs straight behind you, rest your upper body on your forearms. Then get into a push-up. Repeat 10-12 times
Lying face down with legs straight behind you, rest your upper body on your forearms. Tensing your abs, lift your left leg and hook it over your right ankle and hold the pose for 45 secs. Repeat for the other leg.
Lie flat with knees raised and arms straight by your side. Slowly pull your knees to your chest, raising your hips off the floor.  For the more experienced, you may want to try this with ankle-weights.
Lie flat with knees raised holding a light dumb-bell. Raise your arms behind your head then slowly lift your torso off the floor. Return to the starting position.

Tanda Awal Sebuah Hubungan Retak!!!


Ini adalah tanda-tanda awal dan amaran sesebuah perhubungan itu menyusut dan retak.
Maklumat ini adalah ‘penting’ untuk anda perhatikan supaya anda tau bila masa untuk anda dapatkan bantuan sekiranya perhubungan bermasalah.
1) Kritikan
Selain dari hanya merungut,seseorang itu ‘menyerang’ dan menyalahkan personality atau/dan karektor pasangannya. Sebagai contoh, “awak ni memang la seorang yang pentingkan diri dan tak mengenang budi!”
2) Membatukan Diri
Buat tak tau,mengelak dan mula menjauhkan diri dari pasangan anda.

3) Tak Menghargai
Tidak ada percubaan untuk memahami pandangan masing-masing.
4) Menghina
Tindakbalas dengan niat untuk menyinggung dan/atau mendera pasangan secara psikologi. Contohnya, “awak ni bukannya bodoh lagi, dah tahap bangang dah ni!”
5) Tiada Pertahanan Diri
Tak sanggup dah nak mendengar penjelasan atau cakap pasangan kerana anda mula rasa takut, fobia akan kemungkinan tindakannya ke atas diri anda nanti.
6) Menterjemah Secara Negatif
Apa saja pasangan cakap walaupun perkara tu positif atau neutral, tetap nampak negative pada pandangan pasangan yang satu lagi.



Kalau anda rasa ada dua atau tiga perkara di atas sedang berlaku dalam perhubungan anda, ini masanya untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan.

Dendam selepas berpisah!!!

Didalam suatu perhubungan, sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku untuk keesokan harinya. Hari ini anda berdua gembira bersama, tetapi untuk masa akan datang ia tidak menjanjikan apa-apa. Jika hubungan anda terputus, ia tidak bermakna pengakhiran untuk anda. Mungkin masing-masing memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Anda sebenarnya dapat mengesan sekiranya bekas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Antara tanda-tandanya adalah..

(1) Mereka tidak mencari pasangan yang lain
Ini adalah merupakan salah satu tanda jelas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Mereka tidak mencari pasangan lain walaupun anda berdua sudah berpisah. Kebiasaannya, pada ketika ini, mereka hanya memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Beri ruang kepada mereka dan berusaha untuk mengubati hati mereka yang terluka.
(2) Masih menghubungi anda
Sekiranya mereka masih menghubungi anda walaupun tidak sekerap sebelum ini, ia adalah petanda bahawa mereka masih memendam perasaan terhadap anda. Sekiranya anda juga masih mempunyai perasaan terhadap mereka, berikan mereka peluang dan sekiranya hati anda telah tertutup terhadap mereka, berikan mereka penjelasan.
(3) Apabila anda bertemu, mereka kelihatan agak cemas
Ini juga adalah petanda yang menunjukkan mereka masih ada lagi perasaan terhadap diri anda. Kebiasaannya, orang yang memendam perasaan akan cemas apabila bertemu dengan seseorang yang mereka pendam.